17.9.07

PETISYEN KEPADA AGONG DARIPADA MALAYSIA TODAY




YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA,

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Tuanku Mizan ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah









Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun.

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim



PERKARA: KERAJAAN YANG SEMAKIN LESU BERGELUMANG DALAM RASUAH DI BAWAH KEPIMPINAN DATO' SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI, PERDANA MENTERI MALAYSIA




Patik merafak sembah memohon Tuanku mencemar Duli membaca warkah perutusan rintihan rakyat.




Ampun Tuanku. Negara kita sekarang berada dalam keadaan gawat dan tidak menentu masa depannya. Pimpinan Kerajaan makin lesu, tidak teratur, bergelumang dalam rasuah dan komplot politik. Negara tidak lagi bergerak maju dan rakyat sudah merasa jauh ketinggalan berbanding keadaan sebelum ini. Ekonomi negara digembar-gemburkan oleh Kerajaan sebagai sihat dan melonjak tetapi dari mana dan ke mana terlonjaknya rakyat tidak dapat merasainya. Politik negara makin tegang dengan tercetusnya berbagai jenis masalah dan komplot yang hampir semuanya tidak menemui penyelesaian yang baik. Rusuhan sudah bermula di sana-sini dan ketegangan perkauman dan keagamaan semakin meningkat.




Ampun Tuanku, izinkan patik menyenaraikan antara keadaan yang ada seperti berikut:

1) Dua rakyat Terengganu telah ditembak oleh Polis baru-baru ini. Kerajaan menutup kes ini dengan menghantar 'hamper' kepada mangsa tembakan. Ke mana lagi rakyat boleh mengadu?








2) Rusuhan dan pembunuhan yang telah berlaku di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor dalam minggu sambutan Ulangtahun Merdeka ke-50. Patik khuatir, jika rusuhan ini sebenarnya tidak mempunyai sebab, melainkan diwar-warkan oleh orang tertentu yang tidak bertanggungjawab.








3) Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan rasuah dan penyelewengan wang rakyat oleh Kerajaan yang mengakibatkan kerugian berbilion Ringgit. Namun, Laporan Ketua Audit Negara tidak memberi kesan kepada sesiapa pun, terutama sekali kepada Kerajaan. Penyelewengan wang rakyat masih berterusan dari tahun ke tahun, walaupun pendedahan dilakukan saban tahun dalam Laporan Ketua Audit Negara.








4) RM4.6 bilion wang rakyat telah dibazirkan untuk menutup penyelewengan pembelian tanah di Pelabuhan Klang. Begitu juga lebih RM5.35 bilion telah disalahgunakan dalam pembelian kapal perang bagi tentera laut. Kerajaan langsung tidak pedulikan Laporan Ketua Audit Negara.








5) Polis Di Raja Malaysia sekarang sudah tercemar dengan rasuah dan pengaruh anasir jahat sehingga bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar telah berkata lebih 40% pegawai atasan Polis terlibat dalam rasuah.








6) Keluhuran undang-undang dan perjalanan sistem keadilan makin hancur, sepertimana didakwa oleh beberapa Pegawai Polis yang berpangkat, menerusi Pengakuan Berkanun. Mereka mendakwa bahawa kumpulan jenayah besar sekarang sudah mempengaruhi Polis Di Raja Malaysia. Sekali lagi Pengakuan Berkanun oleh Pegawai Polis ini tidak disiasat atau diambil tindakan oleh Kerajaan.








7) Keadaan institusi kehakiman negara juga amat membimbangkan di mana hakim yang lebih berpengalaman dan lebih berkelayakan dipinggirkan manakala hakim yang tidak berpengalaman termasuk hakim yang mempunyai kecacatan dalam rekod perkhidmatan dinaikkan pangkat.

Walaupun perkara ini disebut dan dibuktikan di Parlimen, iaitu Dewan tertinggi untuk menyuarakan kebimbangan rakyat, Kerajaan tidak mengendahkannya dan tiada tindakan diambil bagi memperbaiki keadaan. Sebaliknya, Perdana Menteri yang tidak faham 'separation of powers' telah 'mengarah' Ketua Hakim Negara menyiapkan laporan untuk menjelaskan keadaan. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa memberi sebarang arahan kepada Ketua Hakim Negara. Tetapi itulah keadaan dalam negara kita sekarang, sehingga Perdana Menteri sendiri tidak faham tatacara Kerajaan.








8) Ketegangan kaum dan agama semakin meruncing dalam negara kita. Laporan rusuhan kaum di Masai, Johor dan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur mewakili rasa ketidakpuasan rakyat yang boleh mencetuskan rusuhan perkauman



9) Nama Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi tersabit dalam skandal 'Oil-for Food' di Iraq. Nama anak beliau Kamaluddin Abdullah dan syarikat Scomi kepunyaannya tersabit dalam skandal 'nuclear parts for Libya'.

Nama anak menantu beliau Khairy Jamaluddin tersabit dalam berbagai percaturan wang (ECM Libra, Equine Capital, Air Asia dan sebagainya). Namun demikian tidak ada tindakan yang diambil terhadap Perdana Menteri atau ahli keluarganya. Ke mana lagi rakyat dapat mengadu?



10) Pilihan raya dipermainkan oleh alat Kerajaan. Pilihan raya kecil mendedahkan penyalahgunaan harta Kerajaan untuk membantu parti politik yang berkuasa. Isu pengundi hantu masih berleluasa sewaktu pilihan raya.

Kita perlu memperbaiki sistem pilihan raya yang masih diperalatkan dengan begitu mudah oleh parti memerintah. Rakyat tidak lagi mempunyai tempat untuk mengadu.








11) Kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu jelas mendedahkan persubahatan jahat antara pemimpin Kerajaan, pentadbiran Kerajaan, Polis Di Raja Malaysia dan Pendakwaraya.

Sehingga kini, saksi Polis telah membawa 'watak lucu' yang langsung tidak serius. Diari siasatan yang hilang,

Laporan Polis berlainan mengenai kes yang sama dan persaksian bercanggah yang disengajakan akan memastikan bahawa yang tertuduh akan terlepas daripada dakwaan membunuh.

Lebih penting lagi, pembunuh yang sebenarnya langsung tidak akan dihadapkan ke mahkamah. Rekod keluar masuk mangsa bunuh Altantuya yang sepatutnya disimpan dalam komputer Jabatan Imigresen telah lenyap tanpa sebab yang munsabah.

Memandangkan Altantuya tersabit penglibatannya dengan beberapa orang kenamaan dan pemimpin tinggi Kerajaan dalam kontrak pembelian kapal selam bernilai berbilion Ringgit, jelas bahawa tangan yang tercemar berkuasa melenyapkan rekod Jabatan Imigresen dan juga mempengaruhi perjalanan penyiasatan Polis dan Pendakwaraya.

Ampun Tuanku. Kebimbangan rakyat tidak terhad kepada sepuluh perkara ini sahaja tetapi senarai ini cukup untuk menyatakan keresahan rakyat Tuanku. Ke mana rakyat Tuanku akan merayu lagi? Ampun Tuanku. Patik sembah mohon Tuanku mencemar Duli mendengar rayuan rakyat Tuanku. Patik sembah mohon Tuanku mencemar Duli menangani keadaan gawat dalam negara kita. Ampun Tuanku. Patik tidak datang keseorangan memohon Tuanku mencemar Duli. Patik bersama ini menyembahkan kepada Tuanku, senarai tandatangan 10,000 rakyat Tuanku. Portal web Malaysia Today juga mengumpul tandatangan secara online di:

http://malaysia-today.net/blog2006/Announcements.php?itemid=8121

dan dalam 24 jam pertama, telah mendapat 3,000 tandatangan dan jumlahnya terus bertambah. Patik menyembah Duli memohon ampun sekiranya surat ini kasar dan terlalu kuat tetapi memandangkan kesemua pintu telah tertutup dan segala jalan untuk menyelesaikan masalah yang ada telah terputus, maka patik merafak sembah kepada Tuanku untuk menolong rakyat Tuanku. Patik akhiri rayuan ini dengan sembah Ampun dan Daulat Tuanku. Wabillahi Taufik Walhidayah Assalammualaikum Warahmarullahi Wabarakatuh

Daulat Tuanku!




15.9.07

PERINGATAN PADA YANG LUPA





(Kalimah Allah di Langit Putrajaya pada 18 8 2007 jam 8.37 pm)



Bangsa Melayu pernah digentar,
Ular, harimau ditepuk tampar,
Kerisnya bisa, silatnya gempar,
Amuk Melayu bumi bergegar.

Bangsa Melayu pernah gagah,
Berkaki ayam, hutan diredah,
Pernah cuba diganyang penjajah,
Umat Melayu, jihad sabilillah!!

Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Terbilang merata, kesultanannya hebat,
7 bangsa penjajah cuba menempat,
Dengan kudrat semua dihambat.

Bangsa Melayu bangsa keramat,
Nabi(SAW) pernah beri amanat,
Buat dakwah, nun di bumi berkat,
Di akhir masa, ramai wali hebat.

Bangsa Melayu bangsa hikmat,
Sejarah Melayu tertera riwayat,
Nabi(SAW) pernah beri alamat,
Raja Melaka mendapat hidayat.

Bangsa Melayu tak makan saman,
Agama dijunjung zaman-berzaman,
Wali Melayu penuh kehebatan,
Karamah, barakah, jadi laziman.

Bangsa Melayu penuh daulah,
Halusi sahaja kisah sejarah,‘
Wa’ad’ Melayu jangan disanggah,
Sanggah ‘wa’ad, mendapat ‘tulah’.

Tanah Melayu pernah berkat,
Raja dan rakyat sentiasa muafakat,
Alim-ulamak sangat dihormat,
Bumi bertuah, terbilang sejagat.

Bumi Melayu pernah berkat,
Tempat tumpuan ulamak sejagat,
Madrasah, pondok merata tempat,
Menjana insan unggul dan hikmat.

Tanah Melayu intinya hebat,
Bumi zuriat Nabi(SAW), itulah kudrat,
Kesultanan Melayu hampir padat,
Pancaran Nabi(SAW), penuh keramat.

Bumi Melayu pernah terbilang,
Sejarah rajanya penuh gemilang,
Turunan penjajah, entah mana menghilang,
Turunan Raja Melaka, tetap ditatang.

Melayu pernah berilmu dan berbudaya,
Beribu manuskripnya tersimpan merata,
Dikaji selidik sarjana dunia,
Kalau sangsi, tanyalah Arkib Negara.

Bangsa Melayu halus seninya,
Hayati warisan persuratanya,


S yair seloka sungguh indahnya,


Pertukangan, sulaman, tiada taranya,

Berkurun Melayu junjung agama,
Adat dijaga bersama-sama,
Bangsa Melayu harum namanya,
Rahmat Allah dimana jua.

Orang Melayu usah alpa,
Warisan bangsa bukan sehari dua,
Pusaka Melayu 6 kurun lamanya,
Menyimpan sejarah nenek moyang kita.

Orang Melayu usah goyah,
Propaganda bohong supaya kita melatah,
Ungkapan ‘Melayu lemah’ semata tohmah,
Strategi musuh menebar fitnah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Namun dicemar Inggeris keparat,
Propaganda bohong itulah hakikat,
Namun Melayu termasuk jerat.

Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Silap Melayu membuang adat,
Silap rajanya membuang muafakat.

Bukan baru musibah Melayu,
Telah bermula sekurun nan lalu,
Serangan musuhya bertalu-talu,
Sehinga bangsa menjadi terkelu.

Melayu mula ditimpa musibah,
Pabila Inggeris datang menjajah,
Adat dibuang, agama disanggah,
Akhirnya Melayu mendapat ‘tulah’.

Sekian lama Melayu jadi sasaran,
Sejarah, jatidirinya jadi serangan,
Musuh luar dan musuh dalaman,
Mungkinkah tersirat suatu ramalan?

Melayu kini resah gelisah,
Namun jelas hakikat sejarah,
Mungkinkah tersirat, sebalik musibah,
Melayu pencetus kebangkitan ummah?

Ingatlah pesan junjungan Rasulullah(SAW),
Panji hitam dari timur, bumi karamah,
Bangsa Melayu usah menyerah,
Cari kekuatan dari sejarah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bumi ahlul-bait itulah kudrat,
Umarak ulamak kuncinya terletak.

Laksamana Hang Tuah gagah orangya,
Berguru, bertarikat, berisi dirinya,
Jangan perlekeh riwayat firasatnya,
“MELAYU TAKKAN HILANG DI DUNIA!!”

8.9.07

Malaysia’s rulers vs Abdullah: Who’s the winner?

Now that it has become public, the question before 25 million Malaysians is:
Who is likely to prevail in a confrontation between Malaysia’s Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi and the 13-state Southeast Asian federation’s nine hereditary rulers over the constitutional role of the king.
(See In Malaysia, the king asserts his power)King Mizan Zainal Abidin, 45, the 13th Yang di Pertuan Agong or supreme ruler, says his role isn’t purely ceremonial. Abdullah, however, says the king has no right to meddle in his administration.

Last night Raja Nazrin Shah, the crown prince of northern Perak state, told his audience at a public lecture in Kuala Lumpur, the national capital, that Abdullah is wrong. He says that, under the constitution, the monarch acts as a “healthy check and balance” of Abdullah’s administration which has been undermined by wasteful spending of public funds on mega projects, rising corruption and lawlessness.



Such talk is worrying Abdullah; particularly when Nazrin says the constitution allows the rulers to be “ the guardian of the just rule of law, an impartial arbiter in the democratic process and an overseer over the pillars of state.”Analysts say the rulers are not suggesting that they have the power to remove Abdullah from office. That would be a coup d’├ętat.



But rather, as Nazrin says, the rulers, who are above partisan politics, are to act like judges to ensure fairness in resolving conflicts in governing the country. The Malay rulers see themselves as the guardian of the welfare of Malaysians.


The 50-year-old Nazrin is seen as the de facto spokesman of the rulers whose office dictates that they refrain from articulating their personal views in public. Nazrin, who graduated from Oxford and Harvard, has been vocal on Malaysian constitutional, social and economic affairs. He is the eldest son of former king Sultan Raja Azlan Shah, 79, a constitutional law expert who was also the Lord President of the Federal Court.


Four years into his first term as prime minister, Abdullah’s popularity has nose-dived after winning an overwhelming mandate in the 2004 general election. He has broken his electoral promise to crack down on corruption and to bring reforms to his nation. Instead, allegations of corruption and abuse of governmental powers have risen.
His ‘Mr Clean’ image is tarnished by the purchase of a luxury jet that costs $50 million and a spate of financial scandals involving projects whose costs have gotten out of hand.Analysts say he is now perceived as a weak and indecisive leader who has lost control of his government allowing conflicts in the judiciary and rivalry among law enforcement officers that look like a mafia family feud. A spate of gangland slayings and a high profile murder case have added to Abdullah’s woes. And the rulers feel, constitutionally, they have the powers to make Abdullah correct his mistakes.Things came to a head over disagreement between Abdullah and the rulers over top judicial appointments.


Under Malaysia’s complex system of appointing judges, the king must give his consent after the prime minister has consulted the rulers of his choice. The king had refused Abdullah’s nominee following accusations that Chief Justice Ahmad Fairuz was promoting lesser and errant judges to high benches.


The adamant Chief Justice told Abdullah to tell the rulers that the king must do his bidding. A seven-month stalemate ensued over the appointment of the Chief Judge of Malaya which was resolved only last week when Abdullah finally yielded to the king.Now, the rulers want Abdullah to reform the judiciary which has been disgraced by allegations of impropriety of judges since the judiciary lost its autonomy after former premier Mahathir Mohamed sacked Salleh Abas, the Lord President of the Supreme Court, in 1988. One man who would want Abdullah to restore independence to the judiciary is Sultan Azlan Shah. He has hinted so much in many of his writings.


But will Abdullah do it?

Article 150 of the Constitution


Article 150 of the Constitution provides that:

150. Proclamation of Emergency


(1) If the Yang di-Pertuan Agong is satisfied that a grave emergency exists whereby the security, or the economic life, or public order in the Federation or any part thereof is threatened, he may issue a Proclamation of Emergency making therein a declaration to that effect.


(2) A Proclamation of Emergency under Clause (1) may be issued before the actual occurrence of the event which threatens the security, or the economic life, or public order in the Federation or any part thereof if the Yang di-Pertuan Agong is satisfied that there is imminent danger of the occurrence of such event.


(2a) The power conferred on the Yang di-Pertuan Agong by this Article shall include the power to issue different Proclamations on different grounds or in different circumstances, whether or not there is a Proclamation or Proclamations already issued by the Yang di-Pertuan Agong under Clause (1) and such Proclamation or Proclamations are in operation.



(2b) If at any time while a Proclamation of Emergency is in operation, except when both Houses of Parliament are sitting concurrently, the Yang di-Pertuan Agong is satisfied that certain circumstances exist which render it necessary for him to take immediate action, he may promulgate such ordinances as circumstances appear to him to require.



(2c) An ordinance promulgated under Clause (2b) shall have the same force and effect as an Act of Parliament, and shall continue in full force and effect as if it is an Act of Parliament until it is revoked or annulled under Clause (3) or until it lapses under Clause (7); and the power of the Yang di-Pertuan Agong to promulgate ordinances under Clause (2b) may be exercised in relation to any matter with respect to which Parliament has power to make laws, regardless of the legislative or other procedures required to be followed, or the proportion of the total votes required to be had, in either House of Parliament.



(3) A Proclamation of Emergency and any ordinance promulgated under Clause (2b) shall be laid before both Houses of Parliament and, if not sooner revoked, shall cease to have effect if resolutions are passed by both Houses annulling such Proclamation or ordinance, but without prejudice to anything previously done by virtue thereof or to the power of the Yang di-Pertuan Agong to issue a new Proclamation under Clause (1) or promulgate any ordinance under Clause (2b).



(4) While a Proclamation of Emergency is in force the executive authority of the Federation shall, notwithstanding anything in this Constitution, extend to any matter within the legislative authority of a State and to the giving of directions to the Government of a State or to any officer of authority thereof.



(5) Subject to Clause (6a), while a Proclamation of Emergency is in force, Parliament may, notwithstanding anything in this Constitution make laws with respect to any matter, if it appears to Parliament that the law is required by reason of the emergency; and Article 79 shall not apply to a Bill for such a law or an amendment to such a Bill, nor shall any provision of this Constitution or of any written law which requires any consent or concurrence to the passing of a law or any consultation with respect thereto, or which restricts the coming into force of a law after it is passed or the presentation of a Bill to the Yang di-Pertuan Agong for his assent.


(6) Subject to Clause (6a), no provision of any ordinance promulgated under this Article, and no provision of any Act of Parliament which is passed while a Proclamation of Emergency is in force and which declares that the law appears to Parliament to be required by reason of the emergency, shall be invalid on the ground of inconsistency with any provision of this Constitution.


(6a) Clause (5) shall not extend the powers of Parliament with respect to any matter of Islamic law or the custom of the Malays, or with respect to any matter of native law or customs in the State of Sabah or Sarawak; nor shall Clause (6) validate any provision inconsistent with the provisions of this Constitution relating to any such matter or relating to religion, citizenship, or language.



(7) At the expiration of a period of six months beginning with the date on which a Proclamation of Emergency ceases to be in force, any ordinance promulgated in pursuance of the Proclamation and, to the extent that it could not have been validly made but for this Article, any law made while the Proclamation was in force, shall cease to have effect, except as to things done or omitted to be done before the expiration of that period.



(8) Notwithstanding anything in this Constitution:


(a) the satisfaction of the Yang di-Pertuan Agong mentioned in Clause (1) and Clause (2b) shall be final and conclusive and shall not be challenged or called in question in any court on any ground; and (b) no court shall have jurisdiction to entertain or determine any application, question or proceeding, in whatever form, on any ground, regarding the validity of
(i) a Proclamation under Clause (1) or of a declaration made in such Proclamation to the effect stated in Clause (1); (ii) the continued operation of such Proclamation; (iii) any ordinance promulgated under Clause (2b); or (iv) the continuation in force of any such ordinance.



(9) For the purpose of this Article the Houses of Parliament shall be regarded as sitting only if the members of each House are respectively assembled together and carrying out the business of the House."

Pak Lah Diminta Elakkan Krisis dengan RAJA-RAJA


KUALA LUMPUR, 11 Ogos:


Perdana Menteri diminta berfikir dua kali sebelum melaksanakan haknya mengikut Perlembagaan untuk melantik Hakim Besar Malaya tanpa mendapat restu Majlis Raja-raja.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, jika Perdana Menteri berbuat demikian sebagaimana kenyataan Ketua Hakim Negara bahawa PM mempunyai kuasa untuk melantiknya, ia akan menimbulkan krisis.


Bagi Husam, “Ini tidak sepatutnya berlaku.”


Akhbar Strait Times Singapura melaporkan, Majlis Raja-raja telah menolak calon Hakim Besar Malaya yang dikemukakan Perdana Menteri.


Bagaimanapun, Utusan Malaysia hari ini (11 Ogos) melaporkan, Ketua Hakim Negara berkata, Perdana Menteri berhak melantik Hakim Besar Malaya itu walaupun tidak mendapat restu Majlis Raja-raja kerana itu hak PM dari segi Perlembagaan.


Sekalipun mungkin Perdana Menteri boleh berbuat demikian dari segi Perlembagaan, pelbagai aspek lain mesti ditimbangkan, tulis beliau dalam blognya cetusan-hati.blogspot.com.


Beliau memberikan empat hujjah iaitu:


1. Langkah seperti itu hanya akan mengundang krisis.


2. Ia boleh dianggap Raja-Raja Melayu pada pandangan Perdana Menteri boleh diketepikan begitu sahaja


3. Ia akan meletakkan seolah-olah Raja-Raja Melayu memberi pandangan yang tidak mempunyai asas yang kuat untuk Perdana Menteri mempertimbangkan semula pandangan beliau yang terdahulu


4.Membelakangkan prinsip perundingan dan akan meletakkan precedent pandangan Raja-Raja Melayu tidak penting untuk dipertimbangkan. Ia akan membawa pelbagai implikasi serius terhadap perimbangan kuasa politik di negara ini pada masa akan datang dan keadaan itu seharusnya dielakkan.


"Berfikir dua kali, Pak Lah!” tegas Husam dalam blognya.