15.9.07

PERINGATAN PADA YANG LUPA





(Kalimah Allah di Langit Putrajaya pada 18 8 2007 jam 8.37 pm)



Bangsa Melayu pernah digentar,
Ular, harimau ditepuk tampar,
Kerisnya bisa, silatnya gempar,
Amuk Melayu bumi bergegar.

Bangsa Melayu pernah gagah,
Berkaki ayam, hutan diredah,
Pernah cuba diganyang penjajah,
Umat Melayu, jihad sabilillah!!

Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Terbilang merata, kesultanannya hebat,
7 bangsa penjajah cuba menempat,
Dengan kudrat semua dihambat.

Bangsa Melayu bangsa keramat,
Nabi(SAW) pernah beri amanat,
Buat dakwah, nun di bumi berkat,
Di akhir masa, ramai wali hebat.

Bangsa Melayu bangsa hikmat,
Sejarah Melayu tertera riwayat,
Nabi(SAW) pernah beri alamat,
Raja Melaka mendapat hidayat.

Bangsa Melayu tak makan saman,
Agama dijunjung zaman-berzaman,
Wali Melayu penuh kehebatan,
Karamah, barakah, jadi laziman.

Bangsa Melayu penuh daulah,
Halusi sahaja kisah sejarah,‘
Wa’ad’ Melayu jangan disanggah,
Sanggah ‘wa’ad, mendapat ‘tulah’.

Tanah Melayu pernah berkat,
Raja dan rakyat sentiasa muafakat,
Alim-ulamak sangat dihormat,
Bumi bertuah, terbilang sejagat.

Bumi Melayu pernah berkat,
Tempat tumpuan ulamak sejagat,
Madrasah, pondok merata tempat,
Menjana insan unggul dan hikmat.

Tanah Melayu intinya hebat,
Bumi zuriat Nabi(SAW), itulah kudrat,
Kesultanan Melayu hampir padat,
Pancaran Nabi(SAW), penuh keramat.

Bumi Melayu pernah terbilang,
Sejarah rajanya penuh gemilang,
Turunan penjajah, entah mana menghilang,
Turunan Raja Melaka, tetap ditatang.

Melayu pernah berilmu dan berbudaya,
Beribu manuskripnya tersimpan merata,
Dikaji selidik sarjana dunia,
Kalau sangsi, tanyalah Arkib Negara.

Bangsa Melayu halus seninya,
Hayati warisan persuratanya,


S yair seloka sungguh indahnya,


Pertukangan, sulaman, tiada taranya,

Berkurun Melayu junjung agama,
Adat dijaga bersama-sama,
Bangsa Melayu harum namanya,
Rahmat Allah dimana jua.

Orang Melayu usah alpa,
Warisan bangsa bukan sehari dua,
Pusaka Melayu 6 kurun lamanya,
Menyimpan sejarah nenek moyang kita.

Orang Melayu usah goyah,
Propaganda bohong supaya kita melatah,
Ungkapan ‘Melayu lemah’ semata tohmah,
Strategi musuh menebar fitnah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Namun dicemar Inggeris keparat,
Propaganda bohong itulah hakikat,
Namun Melayu termasuk jerat.

Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Silap Melayu membuang adat,
Silap rajanya membuang muafakat.

Bukan baru musibah Melayu,
Telah bermula sekurun nan lalu,
Serangan musuhya bertalu-talu,
Sehinga bangsa menjadi terkelu.

Melayu mula ditimpa musibah,
Pabila Inggeris datang menjajah,
Adat dibuang, agama disanggah,
Akhirnya Melayu mendapat ‘tulah’.

Sekian lama Melayu jadi sasaran,
Sejarah, jatidirinya jadi serangan,
Musuh luar dan musuh dalaman,
Mungkinkah tersirat suatu ramalan?

Melayu kini resah gelisah,
Namun jelas hakikat sejarah,
Mungkinkah tersirat, sebalik musibah,
Melayu pencetus kebangkitan ummah?

Ingatlah pesan junjungan Rasulullah(SAW),
Panji hitam dari timur, bumi karamah,
Bangsa Melayu usah menyerah,
Cari kekuatan dari sejarah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bumi ahlul-bait itulah kudrat,
Umarak ulamak kuncinya terletak.

Laksamana Hang Tuah gagah orangya,
Berguru, bertarikat, berisi dirinya,
Jangan perlekeh riwayat firasatnya,
“MELAYU TAKKAN HILANG DI DUNIA!!”

6 comments:

Anonymous said...

Di manakah melayu yg tubuhnya bersarung kepahlawanan, dan jiwanya berisi dengan ketuhanan?

Anonymous said...

Dengar kata bahawa HANG TUAH ini pernah berguru dgn dua anak Syed Hussein Jamadil Kubra (keturunan ba lawi di Riau) itulah yg disebut dlm sejarah yg bernama Adi Putera dan seorg lg sy lupa pula namanya. Nama sebenar HANG TUAH adalah Daeng Mempawah. Beliau ini pejuang yg berhati sufi, tetapi sejarah yg direkacipta sudah membuat onar terhdp identiti sebenar beliau.

Anonymous said...

Ya, aku ada terbaca dlm suatu blog ttg perenggan yang ini,

Bangsa Melayu bangsa keramat,
Nabi(SAW) pernah beri amanat,
Buat dakwah, nun di bumi berkat,
Di akhir masa, ramai wali hebat.

Ini dia infonya ; muga dapat manfaat utk kita semua.


Sepeninggal aku telah wafat kelak,
akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya.”
“Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu,
serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu,
serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat.
Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan menjadi wali Allah.”
“Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu,
hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri,
bawalah fakir itu bersama-sama belayar ke negeri Samudera itu.”

- Sabda Rasulullah SAW dalam kitab Hikayat Raja-raja Pasai.

Anonymous said...

Ada satu blog yg sgt menarik yg menceritakan ttg melayu siam, byk info di sana...tentang kesultanan melayu.

http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/

Anonymous said...

Seronoknye..semua ade semangat Melayu.Terharu tau! Comment la lagi banyak2 dalam blog nie...

MELAYU TAK AKAN HILANG DI DUNIA!

Taming Sari said...

Hang Tuah ataupun Daeng Mempawah adalah seorang melayu.
Ayahnya Hang Mahmud dan Ibunya Dang Merduwati. dari Suku kaum Laut Bintan berdarah Sulawesi Bugis.
Hang Tuah berguru dengan ramai guru termasuk guru ugama. Salah seorang yang utamanya ialah Adi Putra atau nama lainnya Syeikh Thanauddin, selain itu Hang Tuah telah berguru dengan adik kepada Adi Putra iaitu Penata Nala atau nama lainnye Syeikh Hussin Jamadil Qubra. kedua-dua mereka adalah dari keturunan
ba' alawi(keturunan Saidina Hussein dan Saidatina Fatimah)

Apakah maksud bagai dikata
Mandinya kering angin dijamah
Daeng Mempawah tok laksmana
Kata berisi zaman tak mamah